luv.khalish.ammar. Powered by Blogger.

Monday, April 25, 2011

ulangtahun perkahwinan yang ke-2

harini, 25/4/2011, genap 2 tahun perkahwinan ibu n ayah...anniversary tahun lepas, khalish la yang teman ibu..mase tu kan ibu ngah berpantang..ayah plak kt KL de kenduri cik Emi nak masuk umah baru..tahun ni dpt la sambut bertiga...ayah bw p mkn kt intai-intai..mula2 g restoran bambu tu, tp ramai sgt org..org ngah tunggu que nk msk, rmai gle..so, ayah xthn lapo (tu la, duk main keta rc je smp x mkn tgari) jadi kite p intai-intai..dh lame x mkn kt lua, so mcm2 la ibu order...huhu..thanks ayah sbb belanja mkn...n slamat ulangtahun perkahwinan kite yg ke-2...terima kasih sbb mjadi teman ibu yang setia..sabar layan karenah ibu ni..ayah x banyak songeh, makan je ape yang ibu masak...kadang2 malas gle nak kemas umah, ayah tolong kemaskan..yang penting, ari2 ayah tolong gosokan baju kerja ibu (mase ngandung dulu je rajin gosok baju)..tiap kali ujung minggu, basuh baju kt skeluarga (kadang2 je ibu tlg bsh n sidai)..sesungguhnya ayah memang seorang yang amat memahami n memanjakan ibu..byknye bende yang ibu kena perbaiki untuk diri sendiri (*____*)....azam untuk ulangtahun ni, harap2 ibu dapat jadi orang yang lebih baik utk ayah n khalish...smoga perkahwinan ini berkekalan hingga ke akhir hayat...amin..

Wednesday, April 20, 2011

Nina..

masa ibu dok tengok2 gamba khalish ni, ibu terjumpa plak gamba nina..anak untie cici & uncle aril..ibu nak kongsi ngan khalish gambar nina masa ayah shoot nina di majlis cukur jambul...pandai die bergaya tau...


ni pulak gambar nina mase kita g photoshoot ngan aisar kat titiwangsa..



ni plak gambar lame untie cici & uncle aril mase wedding diorang..mase ni, ayah yang jadi photographer diorang..uncle safwan dr GB Photography follow ayah mase outdoor..hehe..same kan konsep gambar ngan kt titiwangsa tu..huhu


Kenduri di Melaka

cerita yang dah basi..hehe...2/4/2011, kita sekeluarga pergi ke Melaka..g kenduri kawan ayah n ibu mase belajar di Politeknik PD...name die Hairany or uncle katek..die pun bt freeland photographer mcm ayah.
mase tengah dok tunggu uncle katek siap2 nak g outdoor, de plak budak kt lobi dewan tu main kereta RC..alish pun apalagi, memang pantang la tengok kereta tu..berlari-lari kejar kereta tu sampai jatuh2..sabar je la..teringat mase alish pandai merangkak dulu, cam tu gak..kejar kereta RC ayah..ayah plak main kereta tu kat dalam rumah..kejar smpai menangis2..sian anak ibu..tapi takpe, ayah dah janji nak bagi alish main kereta RC tu bila alish umur dalam 2 tahun nnt..huhu..
photographer wedding ni pun, kawan ayah n ibu gak..kredit kepada uncle giant di GB Photography..

ni gambar mase kita follow g outdoor kat Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (tempat ayah keje mase jadi technician dulu)

Tuesday, April 12, 2011

khalish dengan baju lady bird

photoshoot ni masa alish berumur 10 bulan...gambar yang ayah tak edit lagi..huhu




 penat la ibu..




jom mandi kolam

hehe..khalish memang suka main air..jadi, ibu n ayah belikan kolam untuk khalish..memang gembira betul alish main sampaikan menangis bila ibu angkat..ye la..alish faham la, bila ibu dah angkat tu, maknanya mase untuk main air dh abis..huhu..bila ibu nak buang air kolam tu pun, alish menangis lagi..siannye anak ibu...nanti, lain kali main lagi ye sayang...banjir la umah ibu klu alish main lame-lame..haha..sebenarnya bukannye ibu n ayah taknak bawa alish mandi kt kolam awam or kt sungai..sebab rasenye, mandi kat kolam ni, lagi terjamin kebersihan air tu, betul tak?

 cepat la ibu, tak sabar dah ni..

 bestnya...


khalish dan botol susunya...

sehingga hari ni, alish dah penah guna 4 jenis botol susu...mase berpantang dulu, alish guna botol susu NUK..pastu, AVENT...sekarang pakai BUMBLE BEE dan TOMMEE TIPPEE...yang penting semua bebas BPA..

                  

Wednesday, April 6, 2011

jom kongsi mengenai suntikan pneumokokal

dah lama ibu cari info pasal suntikan ni..insyaAllah, bulan depan, ibu bawa khalish ke klinik swasta untuk suntikan ni..ye la, kat klinik kesihatan kerajaan takde suntikan ni..hari tu, ibu tanya kat nurse kt situ pun, diorang tak bape nak tau pasal suntikan ni..

 
Pneumokokal
Pastinya ramai ibu bapa tertanya-tanya, bagaimana demam panas boleh menyebabkan sawan sehingga boleh berlaku cacat pendengaran, terencat akal atau mungkin membawa maut? Jawapannya, ia berpunca daripada penyakit pneumokokal. Penyakit pneumokokal (PnD) merupakan punca penyakit dan kematian utama yang kini semakin disedari di seluruh dunia. Penyakit ini menjadi punca kematian lebih sejuta bayi dan kanak-kanak setahun.

 
Apa itu Pneumokokal
Pneumokokal berlaku disebabkan jangkitan kuman pneumokokus atau streptokokus pada organ di dalam tubuh. Selepas bakteria pneumokokus menyerang dan ‘menakluki’ saluran pernafasan atas, ia boleh disebarkan secara setempat atau memasuki aliran darah atau cecair serebrospina (csf) dan menyebabkan pelbagai penyakit.
Sekiranya jangkitan berlaku pada bahagian atas salur pernafasan yang menyebabkan bakteremia (jangkitan kuman dalam darah), sepsis (keracunan dalam darah), meningitis (jangkitan bakteria dalam membran tulang belakang atau otak) dan pneumonia. Jika kuman streptokokus merebak dari dalam hidung ke bahagian atas saluran pernafasan, ia menyebabkan pneumonia (radang paru-paru), otitis media akut (radang pada bahagian tengah telinga) dan sinusitis (radang dalam hidung).
Jika ia tidak dirawat atau gagal dirawat, penyakit pneumokokal boleh menyebabkan kehilangan pendengaran, masalah pembelajaran, gangguan pertuturan, lumpuh kecacatan otak dan kadangkala maut.

Gejala (Pelbagai mengikut penyakit)
Agak sukar dikenalpasti kerana gejalanya seperti demam, berasa seram sejuk dan batuk berbeza mengikut jenis penyakit dan tidak khusus. Lazimnya pengesahan dibuat menerusi ujian rapi seperti x-ray atau ujian makmal. Secara umumnya:

Bakteremia (jangkitan darah) - Demam panas, tidak selesa, jangkitan saluran pernafasan (boleh berlaku atau tidak)

Meningitis - Demam, sakit kepala yang teruk, mual, muntah, cirit-birit, tengkuk menjadi kejang, fotofobia (menjadi sensitif kepada cahaya).

Pneumonia - sawan secara tiba-tiba, pernafasan menjadi cepat dan sukar, sakit dada, menggigil, batuk, demam panas.

Otitis media akut (jangkitan telinga) - Telinga berasa sakit, tidak selesa dan kadangkala mengalami masalah pendengaran seketika.

Sinusitis - Demam, selesema dan batuk.

 
Cara Sebaran
Bayi baru lahir sehingga berusia 24 bulan menghadapi risiko paling tinggi kerana kandungan antibodi pneumokokus yang rendah. Kanak-kanak yang dihantar ke pusat penjagaan pada waktu siang juga mungkin dijangkiti kerana lebih terdedah kepada bakteria dalam persekitaran pusat jagaan tersebut. Kuman disebarkan kepada kanak-kanak melalui pelukan dan ciuman oleh ibu bapa atau orang dewasa yang mengalami selsema. Ia kemudian disebarkan kepada kanak-kanak lain melalui bersin atau batuk. Selain kanak-kanak, mereka yang HIV positif dan mempunyai sistem imunisasi lemah seperti perokok dan warga emas turut mudah dijangkiti.

 
Cara Mencegah
Tidak seperti jangkitan bakteria lain, masalah PnD tidak dapat diatasi dengan pengambilan antibiotik. Banyak kes menunjukkan antibiotik tidak berjaya menentang serangan pneumokokus. Pneumococcal Conjugate Vaccine (PCV7) adalah vaksin pertama dan satu-satunya yang mampu mencegah penyakit pneumokokal dikalangan bayi dan kanak-kanak berusia kurang daripada 24 bulan. Vaksin PCV7 membantu melawan penyakit melalui fenomena penggantian ke atas tujuh sterotaip kuman pneumokokus iaitu 4, 6B, 9V,14, 18C, 19F dan 23F. Ia memberikan memori kepada sistem imunisasi dalam tubuh untuk melawan bakteria ini apabila ia memasuki tubuh.
Vaksin ini sudah wujud dan diperkenalkan di negara industri. Masalahnya ia agak mahal terutama di kalangan masyarakat negara membangun di Asia. Tambahan pula ia belum dimasukkan ke dalam program imunisasi kebangsaan di kebanyakan negara Asia seperti Filipina, Indonesia dan Malaysia

 
Kos Suntikan
Hingga kini vaksin berkenaan boleh didapati pada harga antara RM280 hingga RM320 untuk satu dos. Dos bergantung kepada umur.

Tuesday, April 5, 2011

khalish dapat hadiah

semalam masa ambil khalish kt umah mak yong, mak yong bagi bungkusan kat ibu..abang posmen bagi..huhu..mak yong tolong wakilkan ambil bungkusan tu..excited gak la ibu buka bungkusan tu...rupanya, benda tu hadiah untuk khalish daripada majalah Pa & Ma sempena khalish menjadi salah seorang pemenang bayi untuk bulan Oktober 2010...alahai, dah lama ibu tak beli majalah ni..tak sangka plak khalish de menang..ruginye...hari ni, puas la ibu dok mengadap website Pa & Ma tu..nak cari gambar khalish..tapi takde dah..sedey..khalish dapat hadiah buku..de 4 buah buku..2 buku untuk khalish, 2 lagi sesuai untuk ibu..yang sesuai untuk ibu tu sebabnya buku resepi makanan bayi dan buku penjagaan bayi..khalish plak, excited la bla dapat pegang buku yang sesuai untuk khalish tu..tp, sekejap je ibu bagi pegang, kalau tak, abis la buku tu khalish buat main..hehe..khalish dah besar sikit, baru ibu leh bagi buku tu ye syg..  
 
hadiah buku yang khalish dapat

khalish ammar, buah hati ibu dan ayah...mmuahh

khalish ammar, buah hati ibu dan ayah...mmuahh

with ayah

with ayah

with ibu

with ibu

umur 1 bulan

umur 1 bulan

umur 3 bulan

umur 3 bulan
Lilypie First Birthday tickers
Daisypath Anniversary tickers

semasa 7 bulan dlm kandungan

semasa 7 bulan dlm kandungan

umur- 1 hari

umur- 1 hari


6 BULAN

6 BULAN

umur 10 bulan

umur 10 bulan

Followers

Total Pageviews

umur 8 bulan

umur 8 bulan

umur 11 bulan

umur 11 bulan

  © Free Blogger Templates 'Photoblog II' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP