luv.khalish.ammar. Powered by Blogger.

Tuesday, May 31, 2011

khalish

my little boy
 

Monday, May 9, 2011

BISUL OH BISUL

dah seminggu kepala khalish kena bisul...sian anak ibu..mula2 ibu perasan mase mandikan khalish ari Sabtu lepas (30 April 2011)..tengak kepala khalish cam bengkak semacam je...tanye Mak Yong, kot2 khalish de jatuh ke..tp, tengok dr bengkak tu, cam nak jadi bisul..Mak Yong pun ckp mcmtu..jadi, ari ahad keesokannya, ayah & ibu bw khalish g klinik..doktor ckp, bisul tu x masak lg..jadi xleh potong..tergamam gak ibu bila die ckp psl potong-potong ni..ibu dh bayangkan dh, klu khalish kena, confirm meraung sakan..sakit tu..doktor tu, bg antibiotik, ubat demam n ubat sapu je..nasib baik khalish senang nak mkn ubat..sekali je ibu bg antibiotik tu..huhu..Mak Yong pun bgtau, die x bagi sbb antibiotik xsesuai untuk budak2 kecil mcm khalish...ari selasa tu, Mak Yong ckp, die de bg khalish ubat demam sbb badan khalish cam panas je..alhamdulillah, 1 ari tu je khalish cam demam skit..bisul pun makin besar..terpaksa la ibu potong skit rambut khalish kt area bisul tu..senang skit nk sapu ubat..dalam ati, menyesal plak x potong rambut khalish awal2, sebelum bisul tu dh besar..mase ibu gunting tu, khalish ngah tido..masalahnye, dpt gunting skit je..walaupun khalish dh tido, khalish cam tau2 je ibu ngah usik rambut kt bisul tu..merengek2 la die..esok tu, ari jumaat, mase ibu amik khalish, Mak Yong bgtau yang die dh settlekan rambut khalish..die gunting mase khalish tengah tengok kucing kt beranda..ni mesti kes kusyuk sgt tgk kucing smp x rase yg Mak Yong tengah gunting rambut khalish..haha..sian rambut anak ibu..ibu terpikir nk bw khalish g kedai gunting..nk pendekkan rambut..nak bg balance ngn rambut yang dh kena potong tu..huhu..tp, ayah x bagi..ayah ckp, sian plak kt khalish nnt...kebetulan, ari jumaat tu, ibu de beli ubat dr kedai cina..yg tu pun, kwn Mak Yong yg cadangkan suh beli..name ubat tu, alin..cm name prmpuan plak..tu yg ibu senang nk igt tu..bila dh beli tu, mlm tu, ibu & ayah pun pe lg, bersama-sama la sapu n balut ubat tu kt bisul khalish..kitorg buat tu pun, bila khalish tido..dlm pkul 7.30 mlm..berkesan gak ubat tu, sebab bila khalish bangun dlm pkul 9 mlm, de nanah keluar dr bisul tu.ibu igt nk picit je, tp disebabkan ayah takde kt umah mase tu, ibu cume lap je nanah tu..yg ibu perasan, tiap kali khalish nk tido, mesti tido mengiring belah kiri sebab bisul tu ade dekat kepala belah kanan..ari sabtu plak, lepas je mandikan khalish, nanah tu kua lg..mase tu, memang ibu usik sikit bisul tu..khalish dh tepis2 tangan ibu..ayah plak, kena g dataran merdeka sebab kena jaga pameran kt sana..jadi x dpt la ibu nak keluarkan cecair nanah tu banyak2..ari ahad plak, mase tu ayah de kt umah..tengah ari, baru ayah nak kua g dataran merdeka nak closing booth..mase tu, ibu tunggu gak bila la nanah tu nak kua lg..sampai ibu ckp kt ayah, kalau x kua lg, kita g klinik..dalam mase yang sama, rase cam tak sanggup je nak tengok bisul khalish tu kena potong..sian kt khalish nanti..mesti sakit gile..alhamdulillah, pas je mandi petang, nanah tu kua lg..ayah plak ade time tu, ape lagi, ayah pun picit la bende tu kua..memang banyak la..ibu plak pegang khalish..menangis tu memang xleh cite la..memang kuat sangat khalish nangis..rasenye cam 1 blok leh dengar khalish nangis..jgn de jiran pikir ibu & ayah ngah dera anak sudah la..hehe..puas ati gak dpt picit kuakan nanah tu..sampaikan darah de kua gak..sian kt khalish..ibu & ayah terpaksa buat mcm tu, nak bagi bisul tu cepat sembuh..esok pagi, mase bangun dr tido, ibu tengok bisul khalish dh makin surut..khalish tido lasak, sampaikan nanah tu kua mase khalish tido..ibu tengok de bantal yang de kesan darah dari bisul khalish..pagi tadi, mase ibu bangun nak g keje, khalish ngah tido lagi..rasenye bisul tu dh nak sembuh sebab khalish dh boleh tido mengiring belah kanan..alhamdulillah...harap2 lepas ni, khalish dah tak kena bisul lagi..biarlah bisul ni jadi bisul yg terakhir..selamat tinggal bisul...huhu..ibu de tgkp gambar bisul ni..nanti ibu upload ye..

Jom Tonton BabyTV

BabyTV yang diterbitkan oleh Fox International Channels (FIC) boleh ditonton menerusi saluran ASTRO 618 dan disiarkan selama 24 jam tanpa gangguan iklan dengan pengisian direka khusus oleh pa-kar pembangunan awal kanak-kanak. Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, bagaimanapun, berkata kewujudan saluran seumpama itu tidak bermakna ibu bapa boleh melepaskan tanggungjawab utama menyelia proses tumbesaran anak mereka. Katanya, tanggungjawab ibu bapa tidak boleh diganti, sebaliknya ia hanya boleh disokong dengan pelbagai elemen lain dan satu daripadanya menerusi saluran BabyTV.
“Saluran ini akan memastikan anak kecil tidak terdedah kepada rancangan televisyen kurang bermanfaat, malah ia mementingkan interaksi antara ibu bapa dan juga anak ketika menonton,” katanya selepas melancarkan saluran berkenaan di Taska Penyayang, Kompleks Penyayang Bakti, Bandar Sri Damansara di sini, semalam.

Shahrizat berkata, kementerian menyambut baik usaha ASTRO membawa saluran bermanfaat seumpama itu dan berharap ia disuntik dengan pelbagai pengisian berimejkan negara ini.


“Adalah lebih baik dari masa ke masa pengisian saluran ini digabungkan dengan konsep ala-Malaysia yang mempunyai nilai tersendiri supaya dapat dikongsi ke serata dunia.


“Buat masa ini saluran ini akan disiarkan secara percuma bermula hari ini (semalam) hingga penghujung September depan dan bermula Oktober, pelanggan yang berminat boleh melanggan dengan harga RM5 sebulan,” katanya.


Katanya, ibu bapa juga diingatkan supaya mengimbangi proses pembelajaran anak dari segi rohani, jasmani dan juga fizikal.


BabyTV akan memaparkan rancangan bertemakan pembelajaran awal kanak-kanak yang memberi maklumat dengan cara menghiburkan bagi membuka ruang pembelajaran untuk masa depan mereka.

Sunday, May 8, 2011

khalish & playpen

ni la playpen yang banyak berjasa pada ibu & ayah..hehe..kadang-kadang, kalau khalish lasak sangat & ktorg penat, ni la tempat khalish main-main n berguling-guling..tapi skang ni, alish dh x guna sangat playpen ni..sbb alish dh pandai berjalan n dah x nak duduk dlm ni lame2..

Tuesday, May 3, 2011

Majlis Hari Jadi Khalish

huhu...dah sebulan gambar ni terperap dlm laptop ibu...baru arini dpt update...memang semangat nk sambut birthday khalish..maklumla, sambutan harijadi yang pertama..mcm2 la idea hiasan yang ibu n ayah nk buat..last2 ni la hasilnya..simple je..hehe..ayah pun, xsempat nk tgkp gambr tetamu yg dtg..sbb sibuk melayan diorg..alhamdulillah, semua bjalan dgn lancar..mlm tu, mula2 khalish tido pun x lena..siang tu, asyik main je..xigt dunia..bila nak tido tu, menangis je la..penat sgt..


 hiasan majlis..







cenderahati utk tetamu


birthday boy..


 nak terkam kek je kejenye



 ngan ibu, kwn2 n sepupu

kek yang dihias last minute...lain kali, nk kena prepare awal2..











hadiah yang khalish dpt 










ngah main ngan hadiah set golf..skejap je leh main sbb asyik pukul ayah je..mainan ni kena simpan dulu...huhu

khalish ammar, buah hati ibu dan ayah...mmuahh

khalish ammar, buah hati ibu dan ayah...mmuahh

with ayah

with ayah

with ibu

with ibu

umur 1 bulan

umur 1 bulan

umur 3 bulan

umur 3 bulan
Lilypie First Birthday tickers
Daisypath Anniversary tickers

semasa 7 bulan dlm kandungan

semasa 7 bulan dlm kandungan

umur- 1 hari

umur- 1 hari


6 BULAN

6 BULAN

umur 10 bulan

umur 10 bulan

Followers

Total Pageviews

umur 8 bulan

umur 8 bulan

umur 11 bulan

umur 11 bulan

  © Free Blogger Templates 'Photoblog II' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP