luv.khalish.ammar. Powered by Blogger.

Monday, May 9, 2011

Jom Tonton BabyTV

BabyTV yang diterbitkan oleh Fox International Channels (FIC) boleh ditonton menerusi saluran ASTRO 618 dan disiarkan selama 24 jam tanpa gangguan iklan dengan pengisian direka khusus oleh pa-kar pembangunan awal kanak-kanak. Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, bagaimanapun, berkata kewujudan saluran seumpama itu tidak bermakna ibu bapa boleh melepaskan tanggungjawab utama menyelia proses tumbesaran anak mereka. Katanya, tanggungjawab ibu bapa tidak boleh diganti, sebaliknya ia hanya boleh disokong dengan pelbagai elemen lain dan satu daripadanya menerusi saluran BabyTV.
“Saluran ini akan memastikan anak kecil tidak terdedah kepada rancangan televisyen kurang bermanfaat, malah ia mementingkan interaksi antara ibu bapa dan juga anak ketika menonton,” katanya selepas melancarkan saluran berkenaan di Taska Penyayang, Kompleks Penyayang Bakti, Bandar Sri Damansara di sini, semalam.

Shahrizat berkata, kementerian menyambut baik usaha ASTRO membawa saluran bermanfaat seumpama itu dan berharap ia disuntik dengan pelbagai pengisian berimejkan negara ini.


“Adalah lebih baik dari masa ke masa pengisian saluran ini digabungkan dengan konsep ala-Malaysia yang mempunyai nilai tersendiri supaya dapat dikongsi ke serata dunia.


“Buat masa ini saluran ini akan disiarkan secara percuma bermula hari ini (semalam) hingga penghujung September depan dan bermula Oktober, pelanggan yang berminat boleh melanggan dengan harga RM5 sebulan,” katanya.


Katanya, ibu bapa juga diingatkan supaya mengimbangi proses pembelajaran anak dari segi rohani, jasmani dan juga fizikal.


BabyTV akan memaparkan rancangan bertemakan pembelajaran awal kanak-kanak yang memberi maklumat dengan cara menghiburkan bagi membuka ruang pembelajaran untuk masa depan mereka.

0 coretan buat khalish:

khalish ammar, buah hati ibu dan ayah...mmuahh

khalish ammar, buah hati ibu dan ayah...mmuahh

with ayah

with ayah

with ibu

with ibu

umur 1 bulan

umur 1 bulan

umur 3 bulan

umur 3 bulan
Lilypie First Birthday tickers
Daisypath Anniversary tickers

semasa 7 bulan dlm kandungan

semasa 7 bulan dlm kandungan

umur- 1 hari

umur- 1 hari


6 BULAN

6 BULAN

umur 10 bulan

umur 10 bulan

Followers

Total Pageviews

umur 8 bulan

umur 8 bulan

umur 11 bulan

umur 11 bulan

  © Free Blogger Templates 'Photoblog II' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP