luv.khalish.ammar. Powered by Blogger.

Monday, November 11, 2013

Selepas 2 tahun...

Lamanya tak update blog ni..Dah nak dekat 2 tahun kan...Ibu ni kadang-kadang memang ikut mood sikit...tu yang lama tak update blog ni...tapi selalu juga jengah sebab nak tengok gambar-gambar khalish mase kecil..nak tanamkan azam semoga rajin la update blog ni sebab ada seorang lagi insan istimewa dalam keluarga kita..Khaled Azfar namanya..yeah..litttle K lg seorang..Khalish dah pun berusia 3 tahun 9 bulan..Bahkan dah jadi abang kepada Khaled Azfar..ya, Khaled bakal berumur 1 tahun pada 25hb 11 ni..maknanya dah dekat setahun juga Khalish menjadi abang..


Ni la Abang Khalish >>>


Perkenalkan Khaled Azfar >>>


Macam-macam perkara menarik dalam hidup ibu sepanjang blog ni bersawang..akan ibu update kemudian..Inshaa Allah..

Tuesday, August 9, 2011

gambar dari hp (part 1)

Semua gambar ni diambil dari hp ibu..ada banyak lagi yang nak kena susun..nanti ibu upload lagi untuk Part 2 pula ye..kalau ambil gambar guna hp cepat skit boleh snap..klu pakai kamera ayah, nak kena ambil kat dry box pastu nak kena setting lagi...ambil masa kan..jadi, ambil gambar guna hp boleh snap macam2 aksi spontan..ni pun ibu tak susun ikut tarikh & aktiviti..kalau nak susun betul2, nak kena ingat semula..jawabnya, tak siap2 la kerja ofis ibu ni...ok, kita layan ye...zass..


rambut

3/7/11, Pertama kali ayah bawa khalish pergi gunting rambut kat kedai..sebelum ni gunting rambut kat rumah je..yang tu pun, baru sekali..kiranye, yang ni kali kedua la gunting rambut..sian pakcik gunting rambut tu, sebab khalish tak boleh duduk diam langsung..ibu dan ayah kena jadi assistant pakcik tu...jadi tukang pegang kepala dan badan khalish...pakcik tu pun, macam takut-takut je nak gunting..takpe la, yang penting dapat gunting sikit pun jadi la...lagipun rambut khalish nipis je..ciput je rambut yang kena gunting tu..sebenarnya, sebab utama ktorang nak rambut khalish pendek kerana kepala khalish macam bengkak nak tumbuh bisul...tapi, alhamdulillah, bengkak tu tak jadi bisul plak..surut sendiri..jadi hasilnya, jadi la macam ni....



Friday, August 5, 2011

kenduri kt ipoh

dh lama ibu tak update blog ni...akhir-akhir ni mood 'malas' untuk menulis dalam blog ni dh melanda..sebenarnya, ibu nak cerita pasal majlis perkahwinan kwn ibu n ayah semasa belajar dulu..pengantin lelaki tu la kwn ibu..kita pergi majlis di sebelah perempuan kat ipoh..perancangan last minute..majlis ni berlaku pada 2 Julai lepas..dah genap sebulan kan..arini baru ibu ade mood skit, yg tu pun sebab geram tgk gambar khalish ni..sayang kalau tak masukkan dalam blog..majlis sebelah laki, semnggu lepas majlis ni, iaitu pada 9 julai..kwn ibu ni, rumah die dekat dengan istana negara, KL..ikutkan ibu n ayah memang nak pergi majlis belah pengantin laki, tp disebabkan takut tak dapat pergi rumah uncle cia sebab ada perhimpunan bersih pada 9 Julai tu, kt pun pergi la ke ipoh,perak..ok gak..dapat follow mase outdoor shoot & dapat naik bot..ibu tak ingat name tempat rekreasi ni..gambar kita mase naik bot tu pun, soft copy kt kawan ayah plak..bila dh balik rumah, baru teringat yang kita tak tangkap gambar dengan pengantin kt pelamin..huhu..sebenarnye, sayang gak tak dapat pergi kenduri sebelah laki sebab ibu tengok gambar masa event tu, cantik sangat majlis diorang..uncle cia ni kreatif..pelamin die design sendiri n amatlah cantik n elegan..kebanyakan dekorasi masa majlis tu, die yang design..gambar kat bawah ni gelagat khalish bila tau ayah nak amik gambar..macam2 mimik muka khalish buat...geram je ibu tengok..sebenarnye, ibu pakaikan khalish baju lain, tapi bila makan, abis baju tu kotor..terpaksa pakai baju ni..ayah la yang masukkan baju spare ni kt dlm beg khalish..klu kt umah, baju ni, ibu pakaikan buat tido je..hehe..

khalish ammar, buah hati ibu dan ayah...mmuahh

khalish ammar, buah hati ibu dan ayah...mmuahh

with ayah

with ayah

with ibu

with ibu

umur 1 bulan

umur 1 bulan

umur 3 bulan

umur 3 bulan
Lilypie First Birthday tickers
Daisypath Anniversary tickers

semasa 7 bulan dlm kandungan

semasa 7 bulan dlm kandungan

umur- 1 hari

umur- 1 hari


6 BULAN

6 BULAN

umur 10 bulan

umur 10 bulan

Followers

Total Pageviews

umur 8 bulan

umur 8 bulan

umur 11 bulan

umur 11 bulan

  © Free Blogger Templates 'Photoblog II' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP